
Jelajah Kehakiman Pahang 2025
10 - 11 Mei 2025 -Jabatan Bantuan Guaman Negeri Pahang telah menjayakan Program Jelajah Kehakiman Pahang 2025 anjuran Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP). JBG Pahang telah terlibat membuka Reruai Pameran & Klinik Guaman Bergerak “Justice On Wheels” (JOW). Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Zamri bin Bakar, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan YBhg Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman turut hadir sebagai dif jemputan. JBG Pahang juga turut menyampaikan taklimat penerangan undang-undang berkaitan Khidmat Pendamping Guaman pada 11 Mei 2025. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Zulfazliah Binti Mahmud, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Pahang.
|
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |