jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Siri Jelajah "Justice on Wheels" 2025 Dirasmikan di Beaufort, Sabah

BEAUFORT, 1 Julai 2025 (Selasa) – Siri jelajah Justice on Wheels (JoW) 2025 anjuran Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Sabah membuka tirainya dengan penuh meriah apabila dirasmikan oleh YB Datuk Isnin bin Haji Aliasnih, Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, bertempat di Dataran Bagandang, Beaufort.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Datuk Matbali bin Haji Musah, Ahli Parlimen Sipitang; YBhg. Dato' Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Bantuan Guaman; Tuan Nassir bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Unit Syariah; serta Pegawai Daerah Beaufort, Tuan Mohd Nazri bin Ajun.

Inisiatif JoW yang merupakan pendekatan Kerajaan MADANI ini bertujuan membawa perkhidmatan bantuan guaman terus ke lapangan, khususnya kepada rakyat yang berada di kawasan pedalaman dan jauh dari pusat bandar.

Majlis pelancaran ini disambut baik oleh masyarakat setempat, dengan kehadiran kira-kira 300 orang penduduk kampung yang mengambil peluang mendapatkan penerangan mengenai perkhidmatan JBG, mengikuti slot literasi undang-undang serta menerima khidmat nasihat secara langsung melalui kaunter bergerak yang disediakan.

Menurut JBG Sabah, siri jelajah JoW akan diteruskan ke daerah Keningau selepas ini. Pihak JBG turut merakamkan penghargaan kepada Pejabat Daerah Beaufort dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama menjayakan program tersebut.

Inisiatif ini sekali lagi menzahirkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan tiada golongan masyarakat yang tercicir dalam mendapatkan akses kepada keadilan.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n