
Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 2025
KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2025 – Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBG WPKL) telah turut serta dalam Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2025 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Majlis anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini diadakan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan serta komuniti bahasa dalam usaha memperkukuh peranan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan dan jati diri negara.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.
Sepanjang program, JBG WPKL telah membuka reruai pameran dan menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada para pengunjung yang hadir. Penyertaan ini sekaligus mencerminkan komitmen JBG dalam memperluas capaian perkhidmatan bantuan guaman kepada masyarakat pelbagai lapisan.
JBG WPKL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, DBP, atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. Ucapan tahniah dan terima kasih turut disampaikan kepada semua pegawai serta pihak yang terlibat dalam menjayakan penyertaan JBG pada majlis berprestij ini.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



