jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Program Cakna Undang-Undang dikalangan pelajar anjuran Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Labuan

LABUAN, 14 Oktober 2025 (Selasa) – Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan Program Cakna Undang-Undang di Kalangan Pelajar yang bertempat di Dewan Kompleks Darul Kifayah, Wilayah Persekutuan Labuan.

Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar daripada beberapa buah sekolah sekitar Wilayah Persekutuan Labuan, dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman pelajar terhadap aspek-aspek perundangan serta peranan JBG dalam memberikan bantuan guaman kepada masyarakat.

Ceramah utama telah disampaikan oleh Puan Norehan binti A. Hamid, Penolong Pengarah JBG WP Labuan, dan Puan Zubaidah binti Sharkawi, Pengarah Negeri JBG Sarawak.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Tuan Mohamad Ruzaimi bin Ibrahim, Timbalan Pengurus Bahagian Pengurusan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen JBG dalam memperluas usaha pendidikan undang-undang di peringkat akar umbi. Melalui inisiatif sebegini, diharapkan para pelajar akan lebih peka terhadap kepentingan undang-undang dalam kehidupan seharian, sekali gus menjadi agen penyebar maklumat undang-undang kepada rakan sebaya serta masyarakat setempat.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n