
Latihan Pengguna Sistem Rekod Kes (SRK) di Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor
JOHOR BAHRU, 16 Oktober 2025 (Khamis) – Unit Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat Jabatan Bantuan Guaman (JBG) telah melaksanakan Latihan Penggunaan Sistem Rekod Kes (SRK) dengan jayanya kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor.
Latihan ini bertujuan untuk memantapkan kefahaman dan kemahiran pegawai dalam pengendalian serta pengurusan data kes melalui penggunaan sistem SRK yang dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan dan ketelusan perkhidmatan jabatan.
Sesi latihan ini dikendalikan oleh pegawai dari Unit Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat Jabatan Bantuan Guaman, iaitu:
Cik Danisha Alia binti Dzulkarnain Iskandar, Pegawai Teknologi Maklumat; dan
Puan Rosmawati binti Bakhori, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.
Pelaksanaan latihan ini bukan sahaja memberikan pendedahan teknikal kepada warga kerja JBG Johor, malah turut memperkukuh kefahaman terhadap fungsi dan kelebihan sistem SRK dalam mempercepatkan urusan rekod serta laporan kes.
Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pegawai dari Ibu Pejabat JBG atas ilmu, bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang latihan berlangsung.
Diharapkan pelaksanaan latihan ini akan memberi manfaat yang berterusan dalam meningkatkan kemahiran digital, memperkukuh kecekapan pengurusan kes, serta mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



