A- A A+

Pekerja Contoh Jun 2018

1) Pegawai Pengurusan dan Profesional

Picture2

Nama  Siti Zaleha binti Mohd Salji
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Ibu Pejabat
Jawatan / Gred : Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29

Pencapaian

: Pegawai seorang yang berkebolehan di dalam tugas beliau seperti memberi Khidmat Nasihat, terlibat dalam menyediakan Kertas Kerja bagi Naziran JBG 2018, membantu dalam penyediaan KPI setiap suku tahun, menyediakan 6 Statistik Daftar, Penyelesaian dan Keseluruhan Kes yang melibatkan Cawangan JBG seluruh Malaysia dan dilantik sebagai Pegawai Penyelaras Keselamatan Bahagian Sivil JBG.
    Seorang yang berdedikasi dalam tugas-tugas yang diamanahkan, sering mengemukakan idea-idea yang bernas dan mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA dan aktif di dalam aktiviti Persatuan dan program kemasyarakatan anjuran Jabatan.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2) Pegawai Sokongan

Picture1

Nama  Mohd Kamarulakmar bin Anuar
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Ibu Pejabat
Jawatan / Gred : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)Gred N19

Pencapaian

: Pegawai merupakan seorang yang berdedikasi serta menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi di dalam tugas yang diamanahkan. Beliau berjaya menyelesaikan isu permasalahan berkaitan pengurusan aset yang timbul seperti pelupusan dan pendaftaran di ibu pejabat dan cawangan, menyusun serta mengemaskini maklumat aset di semua cawangan dengan teratur di dalam Sistem Pengurusan Aset selaras dengan laporan yang diberikan.
    Beliau juga bertanggungjawab dalam pengumpulan dan penyediaan laporan aset bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan keseluruhan serta menguruskan permohonan pembelian dan penyelenggaraan aset dan kenderaan jabatan dari ibu pejabat dan cawangan. Selain daripada itu, beliau merupakan Pegawai yang teliti, berintegriti dan menjadi rujukan rakan sekerja bagi menyelesaikan permasalahan berkaitan aset. Beliau merupakan Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan BHEUU dan Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Presint 18 (2).
 

Tags: Pekerja Contoh Bulanan