A- A A+

Pekerja Contoh Julai 2018

1)

suhaina

Nama  Suhaina binti Abdullah
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Ibu Pejabat
Jawatan / Gred : Pembantu Tadbir Kanan Gred N22

Pencapaian

: Pegawai ini merupakan seorang yang komited, dedikasi dan bertanggungjawab di atas semua tugasan yang diamanahkan. Beliau bertanggungjawab memastikan perjawatan Jabatan melebihi 90%, menyemak dan mengesah buku perkhidmatan dan kew.8 bagi semua pegawai dan kakitangan JBG. Beliau juga terlibat dalam melaksanakan penstrukturan semula Jabatan sehingga mendapat kelulusan JPA pada 1 Mei 2018 yang lepas.
    Selain daripada itu, beliau juga sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan memperkemas sistem atau proses kerja kepada yang lebih baik. Pegawai sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas, mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berwibawa dan menjadi rujukan pegawai dan kakitangan di Jabatan. Pegawai seorang yang patuh kepada peraturan dan arahan, menepati masa dan mudah menyesuaikan diri dalam semua keadaan. Seorang yang disenangi dan pencalonan pegawai sebagai pekerja contoh boleh memberi semangat dan perangsang kepada pegawai dan kakitangan lain.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2)

rahayu

Nama  Nor Rahayu binti Othman
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Muar
Jawatan / Gred : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Pencapaian

: Pegawai ini merupakan seorang yang komited, dedikasi dan bertanggungjawab di atas semua tugasan yang diamanahkan. Beliau telah ditugaskan bagi membantu pegawai-pegawai di Bahagian Sivil disamping melaksanakan tugas berkaitan pentadbiran di JBG Cawangan Muar. Pada bulan ini pegawai telah berjaya menyediakan 15 pliding sivil lengkap dalam tempoh 14 hari serta menyerahkan 25 perintah bersih sivil kepada anak guam dalam tempoh 7 hari penerimaan dari mahkamah.
    Selain itu, beliau juga bertanggungjawab sebagai pegawai stor cawangan dan pentadbir sistem HRMIS yang akan memastikan maklumat HRMIS pegawai dan kakitangan di JBG Muar sentiasa dikemaskini. Pegawai sentiasa berusaha meningkatkan kualiti kerja dan seorang yang disenangi oleh semua pegawai dan kakitangan. Seorang yang disenangi dan pencalonan pegawai sebagai pekerja contoh boleh memberi semangat dan perangsang kepada pegawai dan kakitangan lain.
 

Tags: Pekerja Contoh Bulanan