Pekerja Contoh April 2019

 

1)

lim chai see

Nama  Lim Chai See
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Ibu Pejabat
Jawatan / Gred : Pembantu Tadbir N22

Pencapaian

:

Pegawai merupakan seorang yang berdedikasi dan tegas dalam menjalankan tugas serta bertanggungjawab dalam tugasan yang telah diamanahkan. Pegawai juga sentiasa memastikan urusan pentadbiran pejabat berjalan lancar dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyelia Unit Pentadbiran semasa ketiadaan Ketua Unit. Selain daripada itu, pegawai juga menunjukkan semangat bekerja yang tinggi serta sentiasa memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada kakitangan yang berada di bawah seliaannya.

     

 

2)

farazalita

Nama  Siti Farazalita binti Sulaiman
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang
Jawatan / Gred : Pembantu Tadbir P/O N22

Pencapaian

:

Beliau merupakan seorang pegawai yang sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dan amat teliti di dalam sebarang urusan kerja yang dilakukan. Beliau telah berjaya mencapai KPI yang telah ditetapkan dan sentiasa memastikan segala Arahan Perbendaharaan dipatuhi. Beliau juga sentiasa memastikan segala laporan yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan dan dikemukakan kepada pengurusan dalam tempoh seperti yang telah ditetapkan. Beliau juga aktif dalam program JBG bersama agensi luar seperti Program Promosi Kesedaran Masyarakat dan sebagainya.

     

 

Tags: Pekerja Contoh Bulanan