A- A A+

Pekerja Contoh Mac 2019

 

1)

al hafid

Nama  Mohamad Al Hafid bin Ismail
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang
Jawatan / Gred : Pegawai Syariah LS44

Pencapaian

:

Beliau sentiasa menunjukkan komitmen dan memberikan kerjasama yang baik dalam melancarkan urusan kerja hakiki di JBGPP serta lain-lain perkara yang melibatkan urusan pentadbiran tanpa mengira waktu. Beliau telah berjaya mencapai sasaran kerja yang telah ditetapkan iaitu mengendalikan 61 khidmat nasihat dan menghadiri sebanyak 28 prosiding kes perbicaraan sepanjang bulan Mac 2019. Beliau juga turut menyumbangkan tenaga dalam mengendalikan aktiviti promosi termasuk mengadakan Klinik Guaman di Mahkamah. Beliau juga aktif dalam aktiviti Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang dan Kelab Sukan dan Kebajikan Bangunan Persekutuan Pulau Pinang (KESKEBP).

     

 

2)

zaleha salji

Nama  Siti Zaleha binti Mohd Saji
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Ibu Pejabat 
Jawatan / Gred : Penolong Pegawai Undang Gred L29

Pencapaian

:

Pegawai ini berdedikasi dalam menjalankan tugasan yang telah diberikan dan mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi. Beliau bertanggungjawab dalam menyediakan statistik pendaftaran dan pemfailan kes-kes sulit dan jenayah bagi cawangan di JBG serta akan memastikan pencapaian KPI JBG dapat dicapai setiap bulan. Pegawai juga terlibat secara aktif semasa Bengkel Kajian Keperluan Pengguna bagi perancangan pembangunan Sistem Baharu JBG (i-Guaman) serta membantu mengendalikan sesi khidmat nasihat dan pengendalian fail-fail sebutan di JBG Negeri Sembilan semasa diperlukan.

     

 

Tags: Pekerja Contoh Bulanan