A- A A+

Pekerja Contoh Julai 2019

 

1)

asma

Nama  Asmaulfajriah binti Ali @ Mat Ali
Bahagian / Cawangan : Bahagian Peguam Panel dan Pendamping Guaman Ibu Pejabat JBG
Jawatan / Gred : Penolong Pegawai Undang-Undang, L38

Pencapaian

:

Beliau sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dan sentiasa menyumbangkan idea baru dalam melaksanakan tugasan harian. Beliau berjaya menjawab sebarang maklumbalas dalam tempoh kurang 7 hari seperti yang telah ditetapkan. Beliau juga berjaya menyiapkan laporan Jawatankuasa Kerja Plan Strategik JBG dengan penuh tanggungjawab bagi pembentangan di dalam Mesyuarat Pengarah Negeri 2/2019. Beliau juga turut aktif menyumbangkan tenaga dengan menglibatkan diri dalam program – program anjuran jabatan luar.

     

 

2)

azrul

Nama  Azrul Aminul Rashid bin Mohd Ali
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jawatan / Gred : Penolong Pegawai Tadbir N29

Pencapaian

:

Beliau merupakan seorang pegawai yang berdisiplin dan berintegriti tinggi dan sentiasa tegas dalam menjalankan arahan yang diberikan. Pencapaian beliau adalah berjaya melupuskan sebanyak 881 fail kes mengikut prosedur dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia serta sentiasa memastikan semua tugasan yang diberikan mencapai KPI yang ditetapkan. Beliau juga aktif dalam memberikan sumbangan tenaga di dalam semua program JBG WPKL dan program luar jabatan.

     

 

Tags: Pekerja Contoh Bulanan