A- A A+

Panduan Berurusan di Kaunter Perkhidmatan JBG

 1. Langkah pencegahan Covid-19 hendaklah sentiasa diamalkan seperti berikut:
I. Semua pelanggan hendaklah memakai face-mask pada setiap masa semasa berada di pejabat JBG;
Ii. Pakai hand sanitizer atau cuci tangan dengan kerap; dan
Iii. Pastikan penjarakan sosial diamalkan (sekurang-kurangnya 1 meter). 
2. Semua pelanggan hendaklah menjalani pengesanan suhu badan sebelum berurusan di kaunter.
3. Pelanggan hendaklah mengisi borang butiran diri yang disediakan semasa berurusan di kaunter. 
4. Sekiranya pelanggan demam atau tidak sihat semasa hadir untuk temujanji, pelanggan disarankan untuk menjalani pemeriksaan serta rawatan di klinik kesihatan sebelum mendapat temujanji yang baharu.
5. Sekiranya pelanggan mempunyai masalah kesihatan yang berpanjangan seperti batuk atau selesema, pelanggan perlulah mendapatkan surat pengesahan daripada hospital/klinik terlebih dahulu bagi memastikan penyakit tersebut bukan penyakit berjangkit sebelum mendapat temujanji baharu.
6. Semua pelanggan hendaklah datang secara berseorangan dan tidak berteman.
7. Semua pelanggan tidak dibenarkan untuk membawa anak semasa berurusan.