A- A A+

Piagam Pelanggan

1. Memastikan semua urusan di kaunter diberi layanan dalam tempoh tidak melebihi lima belas (15) minit.
   
2. Memastikan khidmat pengantaraan diselesaikan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh persetujuan kedua-dua pihak untuk mendapatkan pengantaraan.
   

3.

Memastikan pliding disiapkan dalam tempoh :

(a) Bagi kes yang tidak melalui proses pengantaraan, tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan dokumen-dokumen yang lengkap.

(b) Bagi kes yang melalui pengantaraan, dua puluh satu (21) hari dari tarikh sesi pengantaraan selesai.

   
4. Memastikan kes difailkan ke Mahkamah dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penyediaan pliding yang lengkap.
   
5. Memastikan perintah / penghakiman bersih diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas ia diterima daripada Mahkamah.
   
   

Tatacara Mendapatkan Bantuan Guaman

  • Pemohon mendaftar
  • Pemohon dikehendaki mengisi borang ujian kemampuan dan borang akuan berkanun
  • Ujian kemampuan dijalankan
  • Temuduga dijalankan untuk mengenal pasti isu, remedi dan keperluan pemohon
  • Permohonan diproses (tidak lebih 3 hari)
  • Jika permohonan diluluskan, terma bantuan guaman akan ditawarkan
  • Pemohon dikehendaki membayar fi pendaftaran RM10.00 dan sumbangan (jika terpakai) jika dia setuju menerima terma tersebut
  • Bantuan guaman diberikan
  • Fail tindakan dibuka dan didaftarkan
  • Fail tindakan difailkan ke mahkamah

Pembatalan Perakuan Bantuan Guaman

 



Pembatalan Perakuan Bantuan Guaman
Di bawah seksyen 19 Akta Bantuan Guaman 1971, Ketua Pengarah Bantuan Guaman atau mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) boleh membatalkan perakuan bantuan guaman. Mengikut peraturan 7 Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman 2017, sesuatu perakuan bantuan guaman boleh dibatalkan dalam mana-mana daripada hal keadaan yang berikut:

  • atas permintaan (orang yang telah dikeluarkan perakuan itu)
  • pemohon dikehendaki membuat sumbangan dan apa-apa bayaran mengenai sumbangan itu tertunggak lebih dari 30 hari;
  • jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa prosiding yang dimaksudkan telah selesai;
  • jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa orang yang dibantu menghendaki prosiding itu dijalankan dengan cara tidak munasabah hingga mengakibatkan perbelanjaan yang tidak patut kepada Jabatan Bantuan Guaman;
  • jika orang yang dibantu telah meninggal dunia;
  • jika orang yang dibantu telah dihukum bankrap;
  • jika sumber kewangan orang yang dibantu itu melebihi RM50,000.00 setahun setelah penentuan lanjut dilakukan;
  • jika hasil daripada maklumat, Ketua Pengarah berpendapat bahawa orang yang dibantu itu tidak lagi ada alasan yang munasabah untuk menjadi pihak prosiding itu dan adalah tidak munasabah baginya untuk terus menerima bantuan guaman;
  • jika orang yang dibantu semasa membekalkan maklumat telah dengan sengaja memberi apa-apa kenyataan atau pernyataan yang palsu.

Kelayakan untuk mendapatkan Bantuan Guaman

Kategori I

Sumber kewangan tahunan yang berjumlah RM50,000 dan ke bawah;

Kategori II

Sumber kewangan tahunan melebihi RM50,001 tetapi tidak melebihi RM70,001,

Kategori III

Sumber kewangan tahunan melebihi RM70,001

Avenue comes with 8 different styles showing you what you can make out of this theme. All UIkit features, like dropdowns, icons and navigations are included.

Continue Reading