Kunjung Hormat ke MUIS

Jabatan Bantuan Guaman telah membuat kunjungan hormat ke Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada 25 Jun 2019 bertempat di Majlis Ugama Islam Sabah, Tingkat 5, Blok A, Wisma MUIS, Peti Surat 11666, 88818 Kota Kinabalu, Sabah. Kunjungan ini adalah untuk membincangkan mengenai Cadangan Kerjasama Antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) Untuk Menambahbaik Perkhidmatan Bantuan Guaman Malaysia.

JBG telah diwakili oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah), Pengarah JBG Negeri Sabah dan Penolong Pengarah Kanan JBG Negeri Sabah.

Kunjungan hormat daripada JBG ini telah disambut oleh Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah, YBhg. Datuk Seri Panglima Dr. Haji Hasbullah bin Haji Mohd Taha, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah, YBhg. Datuk Haji Matussin bin Awang Damit, Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah, YBrs. Tuan Ramlan bin Haji Awang Ali dan Pegawai Undang-Undang Majlis Ugama Islam Sabah, Puan Erna Suzieana binti Awang Matusin.

1

2