08 Ogs2019
Klinik Guaman JBG Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pada 25 Julai 2019, Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Klinik Guaman JBG di mana butiran program tersebut adalah seperti mana yang berikut:
(a) | Tarikh | : | 25 Julai 2019 |
(b) | Masa | : | 9.00 pagi - 5.30 petang |
(c) | Tempat | : | Mahkamah Syariah WP Kuala Lumpur |
(d) | Anjuran | : | JBG Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Seramai dua (2) orang klien telah hadir mendapatkan nasihat berhubung perundangan Syariah iaitu berkenaan perceraian, li’an dan hak jagaan anak. Klien-klien tersebut telah diberikan nasihat guaman dan telah dinasihatkan supaya hadir ke pejabat Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terletak di Menara TH Perdana, Kuala Lumpur untuk sesi konsultasi seterusnya sekiranya diperlukan.