Tatacara Mendapatkan Bantuan Guaman

  • Pemohon mendaftar
  • Ujian kemampuan dijalankan
  • Pemohon dikehendaki membayar RM2.00 dan resit dikeluarkan jika pemohon layak mendapat bantuan guaman dan perkara menjadi pertikaian adalah¬†dalam bidang kuasa
  • Pemohon dikehendaki mengisi borang-borang bantuan guaman yang berkaitan
  • Temu duga lengkap direkodkan untuk mengenal pasti isu, remedi dan keperluan-keperluan pemohon
  • Suatu borang akuan berkanun hendaklah diisi dan ditandatangani oleh pemohon di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Jika ada maklumat yang diberikan berkaitan dengan pendapatan bulanan atau apa-apa maklumat didapati palsu, pemohon boleh didakwa di bawah seksyen 31 Akta 26 dan apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000.00 atau dipenjarakan tidak lebih daripada 6 bulan
  • Fail tindakan dibuka dan didaftarkan
  • Fail tindakan diproses