Mesyuarat Pengarah Pengarah Negeri JBG Bil 3 / 2016

“Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri Jabatan Bantuan Guaman (JBG) kali ke 3 akhirnya telah diadakan di Ibu Pejabat JBG di Putrajaya baru-baru ini. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Pengurusan Atasan, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Negeri, Ketua-Ketua Cawangan dan beberapa orang pegawai undang-undang yang baru dilantik. Mesyuarat suku tahunan ini diadakan bersekali dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)”.