A- A A+

KETUA PENGARAH JABATAN BANTUAN GUAMAN DALAM SEGMEN SELAMAT PAGI MALAYSIA

 

 

a  b

Pada 27 Februari 2017 jam 9.00 pagi, Datuk Haini binti Hassan Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman telah bersiaran secara langsung dalam segmen Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Dalam topik “Tahu Hak Anda”, Datuk Haini telah memberikan penerangan dan maklumat mengenai fungsi, bidang kuasa, kelayakan bantuan guaman dan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Bantuan Guaman kepada orang awam.