Mesyuarat Penyelarasan antara JBG dan MAIWP

Jabatan Bantuan Guaman (JBG) telah menganjurkan Mesyuarat Penyelarasan Antara JBG dan MAIWP Bil. 4 Tahun 2019 dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan JBG WP Kuala Lumpur pada 7 Januari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 1, Jabatan Bantuan Guaman.

Tujuan utama mesyuarat adalah untuk membincangkan Laporan Tahunan Skim Bantuan Guaman Syarie JBG-MAIWP dan kerjasama JBG-MAIWP dalam Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Hibrid.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Puan Siti Salwa binti Musa, Ketua Pengarah JBG, turut dihadiri Tuan Mohd Zulbahrin bin Zainuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Sivil) JBG, Tuan Muhamad Abdul Karim bin Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) JBG dan Tuan Mohd Khushairy bin Ibrahim, Pengarah JBG WP Kuala Lumpur.
Manakala pihak MAIWP diwakili oleh YBrs. Tuan Mohd Nizam bin Hj. Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, Tuan Wan Mohd Sanusi bin Mohd Noor, Pengurus Undang-Undang MAIWP, Tuan Md. Fadzli bin Md Saad, Timbalan Pengurus Baitulmal MAIWP, Puan Damithah binti Iberahim, Ketua Unit Pembangunan Asnaf MAIWP, Puan Nor Aiza binti Mohd Adnan, Ketua Unit Baitulmal MAIWP Cawangan Putrajaya dan beberapa pegawai daripada MAIWP.

Sepanjang tahun 2019, jumlah pendaftaran kes yang mendapat dana bantuan guaman syarie ini adalah sebanyak 150 kes dan jumlah kes yang telah diselesaikan adalah sebanyak 87 kes.

Jumlah peruntukan sumbangan dana bantuan guaman syarie yang telah diberikan oleh MAIWP adalah sebanyak RM165,000.
Untuk rekod, projek Kolaborasi Strategik MAIWP-JBGWP Bagi Skim Bantuan Guaman Syarie Baitulmal yang telah diumumkan antara tiga terbaik bagi kategori hibrid di Anugerah Inovasi JPM 2019 pada 31 Oktober 2019.

1

2

3