A- A A+

Program Literasi Undang-Undang dan Taklimat Jabatan Bantuan Guaman Negeri Pahang

10 Ogos 2023 - Program Literasi Undang-Undang dan Taklimat Jabatan Bantuan Guaman Negeri Pahang(JBG) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Pahang (IPD) pada 10.08.2023 yang dihadiri oleh Puan Najwa Hashim, Puan Engku Nurul Ain Engku Muda, Puan Hasni Adura Abd Jabar dan Puan Norzaimah Malik. Tujuan utama program diadakan bagi meyampaikan maklumat kepada pihak IPD berkaitan salah satu bidang tugas JBG sebagai Pendamping Guaman bagi membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual kanak-kanak. Selain itu, program ini juga diadakan bagi memperkenalkan JBG serta khidmat yang ditawarkan dari segi khidmat nasihat perundangan dan bantuan guaman kepada golongan yang memerlukan dan berkelayakan.

368019039 702041558636122 3704463322295742009 n 368029459 702041575302787 4959291859387320004 n  
368019829 702041771969434 9202288183082947731 n