A- A A+

MAJLIS PELUNCURAN PELAN STRATEGIK JABATAN BANTUAN GUAMAN 2024

Putrajaya, 23 April 2024 – Selaras dengan Pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada 13 Oktober 2023 jelas menunjukkan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Madani dalam mengutamakan fungsi Jabatan Bantuan Guaman dalam membela nasib rakyat yang susah untuk mendapatkan keadilan yang saksama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Dato’ Sri Azalina Othman Said di dalam ucapan beliau pagi ini menjelaskan bahawa Jabatan Bantuan Guaman (JBG) merupakan satu-satunya Jabatan Kerajaan yang memberikan perkhidmatan bantuan guaman kepada golongan masyarakat yang kurang berkemampuan di Malaysia sepanjang 50 tahun penubuhannya, selaras dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, beberapa usaha penambahbaikan telah diambil bagi inisiatif untuk meremajakan perkhidmatan bantuan guaman bagi memberi faedah kepada rakyat yang berkelayakan.
Dalam merealisasikan hasrat Kerajaan dalam hal ini, JBG telah merangka Pelan Strategik JBG 2024 – 2028 bagi menetapkan visi dan misi baru Jabatan selari dengan aspirasi Kerajaan untuk menyediakan akses kepada keadilan di kalangan rakyat yang memerlukan. Terdapat 3 teras strategik yang telah digariskan dalam Pelan Strategik ini iaitu-
i.  Teras Strategik 1 Meremajakan perkhidmatan bantuan guaman;
ii. Teras Strategik 2 - Memperluaskan perkhidmatan bantuan guaman;
iii. Teras Strategik 3  - Membudayakan tadbir urus yang mantap ke arah organisasi yang cemerlang
Bagi menterjemahkan Pelan Strategik ini kepada pelaksanaan program yang bermanfaat kepada rakyat, beberapa usaha penambahbaikan telah dirangka di bawah Teras Strategik Pertama, iaitu Program Justice on Wheels (JOW) dan Gerbang iGuaman
438669911 861227596050850 215548583208415593 n 438685165 861227746050835 6411129211384063369 n
438701161 861227636050846 825788071272642475 n 438773475 861227679384175 5276608017135998371 n