A- A A+

Kursus Pengurusan Kes JBG Tahun 2024

13-15 Mei 2024- Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah) telah mengadakan Kursus Pengurusan Kes JBG Tahun 2024  di Klana Beach Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. Kursus ini telah dihadiri oleh Pegawai Syariah dan Penolong Pegawai Syariah dari seluruh cawangan JBG di Malaysia. Turut hadir adalah Tuan Zaim bin Md Yudin Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) selaku Pengerusi dan Puan Rosedalliyaty binti Daud, Pengarah Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah) sebagai Penyelaras Program.
441452199 876872511153025 3444096940898330761 n 442385810 876872371153039 4679956543271288913 n
442406956 876872414486368 1016999272657837989 n 442468634 876872547819688 6778404298293737515 n
   

Kunjungan Hormat Bersama Penghulu Mukim Pulau Manis

15.5.2024- Jabatan Bantuan Guaman Negeri Pahang telah mengadakan kunjungan hormat bersama Penghulu Mukim Pulau Manis En Shahrul Azwan Mohd Saferi dan barisan Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JKPP) Mukim Pulau Manis Daerah Pekan bertempat di Rumah Rakit Maraie, Padang Rumbia, Pekan yang dihadiri oleh Puan Najwa binti Hashim, Puan Hasni Adura binti Abdul Jabar, Encik Muhamad Asri bin Remeli dan Puan Norazura binti Yusoff. Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk membincangkan kolaborasi antara jabatan bersama JKPP Mukim Pulau Manis Daerah Pekan dan juga penyelasaran Program Klinik Bergerak (JOW) yang akan diadakan pada 26.8.2024 di Mukim tersebut. Diharapkan program JOW yang bakal diadakan dengan kerjasama pihak-pihak dapat menjadi suatu wadah dalam penyampaian maklumat yang berkesan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JBG dari segi khidmat nasihat undang-undang dan bantuan guaman kepada masyarakat setempat khususnya di negeri Pahang.
436344979 876905337816409 8861421031481068797 n 441080046 876905294483080 2385473876683961745 n
441149072 876905281149748 6492766976188662806 n 441169895 876905331149743 8462917671422924706 n
   
   

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

15 Mei 2024 - JBG berbesar hati menerima kunjungan YBhg Dato' Hj Mohd Amran Bin Hj Mat Zain, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia - JKSM dan Ketua Hakim Syarie. Pertemuan ini sangat bermakna dan besar ertinya buat JBG dalam mengambil langkah-langkah berinisiatif tinggi untuk reformasi perkhidmatan bantuan guaman dalam perundangan Syariah. Bertitik tolak dari isu-isu penempatan pegawai kehakiman syariah yang berkaliber dan kemajuan cemerlang bersama JBG, halatuju perkhidmatan bantuan guaman dalam perundangan Syariah akan terus ditambah baik dalam pelbagai aspek. Moga-moga kolaborasi JBG dan JKSM akan terus mantap dan berevolusi tinggi demi faedah masyarakat Islam yang sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk pertikaian dalam perundangan Syariah.
436373401 876272237879719 3544685099166117037 n 436162697 876272197879723 8262795520061213768 n
436097299 876272251213051 6347613077751353428 n 443861298 876272214546388 3247634096912757829 n
436379043 876272264546383 2256570505223847924 n 436380754 876272171213059 7623920131050170565 n
   

Lawatan Kerja Rasmi ke JBG Labuan

13 Mei 2024 - YBhg. Dato' Ketua Pengarah telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke JBG Labuan. Lawatan ini bertujuan melihat sendiri perkhidmatan serta persekitaran kerja pejabat JBG Labuan disamping menjalinkan hubungan silaturrahim dengan warga kerja.
442473523 875423997964543 1356306948475329088 n 442475714 875423691297907 4355888076201123724 n

Program Justice On Wheels (JOW) Jabatan Bantuan Guaman Sabah

10 Mei 2024 (Jumaat): Program Justice On Wheels (JOW) Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sabah telah diadakan pada hari ini di Masjid Jamek Assalam, Kampung Benoni, Papar dengan kehadiran Ketua Pengarah JBG, Dato' Norazmi bin Mohd Narawi dan disantuni oleh Pengerusi masjid, Tuan Haji Awang Tajudin bin Ampuan Abas. Program JOW adalah satu program khususnya kepada masyarakat diluar bandar mendapatkan khidmat nasihat bagi semua permasalahan undang-undang yang dihadapi oleh mereka. Program JOW ini juga adalah salah satu usaha mempromosikan aktiviti JBG seterusnya melonjakkan lagi visi dan misi JBG bagi memberi perkhidmatan guaman yang berkualiti dan profesional bagi menjamin akses kepada keadilan. Pihak JBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Jamek Assalam, Kampung Benoni dengan kehadiran pihak pengurusan masjid-masjid daerah Papar dengan kerjasama yang diberikan dan kepada semua warga daerah Papar.
441167390 872847584888851 725793006907175986 n 441246720 872848151555461 4160405842277308984 n
441376600 872848091555467 3993482336569083667 n 441334770 872848161555460 4990166554694673129 n